KUALA LUMPUR, 1 Nov(Iteenews) — Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini susulanoperasi Bank Negara Malaysia(BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dalam sistem konvensional turunkepadaRM31.82bilion daripadaRM32.05bilion pagi inimanakala mudah tunai dalam dana Islam merosotkepadaRM20.40bilion daripadaRM21.41bilion sebelum ini.
Awal hari ini, BNMmenjalankan satutender repo berbalik dan satu tender repo berbalik Islam.
Ia turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu minggu, satu bulandan tiga bulan.
Pada 4 petang, bank pusat itu menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM31.80bilion dan tender pasaran wang Murabahah bernilaiRM20.40 bilion, kedua-duanya untuk tempoh matang tiga hari.
Setakat 30 Oktober, Kadar Semalaman Islam Malaysia(MYOR-i) berada pada 3.00 peratus.
— BERNAMA