Khazanah, PNB Perjelas Isu Pelupusan Pegangan Dalam FashionValet

641b51d16835b50ee3849c4a5f5d03dc6724f03d4c399

KUALA LUMPUR, 1 Nov (Iteenews) –Khazanah Nasional Bhd dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) hari ini mengeluarkan kenyataan berasingan mengenai kerugian sebanyak RM43.9 juta yang dialami kedua-dua syarikat itusetelah menjual pegangan dalam platform e-dagang Fashion Valet Sdn Bhd dengan harga RM3.1 juta.

Khazanah, dalam kenyataannya berkata pelupusannyadariFashionValet mewakili jalan keluar yang bertanggungjawab untuk memindahkan pemilikan kepada pihak yang boleh membantu membimbing mereka ke trajektori pertumbuhan baharu.

Dana kekayaan negara itu berkata rasionalnya untuk melabur dalam FashionValet berpaksikan pada tema e-dagang luar talian ke dalam talian dan komitmen untuk menyokong usahawan Malaysia sertasyarikat peringkat awal yang berpotensi.

Pada masa itu, katanya FashionValetadalah platform e-dagang fesyen tempatan yang berpotensi, dengan lebih daripada 400 jenama dan 15,000 produk di platformnya serta menjangkakan pertumbuhan pendapatan sekitar 60 peratussetiap tahun.

Menurut Khazanah, pihaknya telah melabur RM27 juta untuk memperoleh sembilan peratus kepentingan dalam FashionValetpada tahun 2018.

“Dalam tempoh beberapa tahun, syarikat tersebut berdepan cabaran, sebahagian besarnya mengalami kesulitan akibatCOVID-19, termasuk rancangan perluasan platform.

“Ini menyebabkan FashionValet, di bawah bimbingan Lembaga Pengarah dan pemegang saham, beralih fokus daripada menjadi sebuah platform e-dagang untuk jenama Asia Tenggara kepada mengembangkan jenama milik penuh, Duck dan Lilit, bagi mengekalkan margin operasi dan aliran tunai syarikat,” kata Khazanah.

Syarikat itu juga mengambil langkah untuk merasionalisasi kos dan menyelaraskan operasi, namun terus berdepancabaran, termasuk pengumpulan dana dalam persekitaran yang sukar pada tahun 2022-2023.

Pada akhir tahun 2023, NXBT Partners, yang diterajui seorang usahawan Malaysiaberpengalaman, menawarkan untuk memperoleh kepentingan pemegang saham sedia ada dan menyuntik modal ke dalam syarikat berkenaan.