Datuk Shahriman Shamsuddin
KUALA LUMPUR, 30 Okt(Iteenews) –Pengarah Urusan Sapura Resources Bhd Datuk Shahriman Shamsuddinmeletakkan jawatannyaberkuat kuasa semalam.
Syarikat itu menerusimakluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata Shahriman turut meletakjawatansebagai pengarah syarikat tersebutdan jugapengarah dalamanak syarikat berikut — SRB One Sdn Bhd, Aero Handlers Sdn Bhd, Aerodome Services Sdn Bhd dan Sapura Technics Sdn Bhd.
"Lembaga telah memutuskan untuk menerima peletakan jawatan Shahriman sebagai pengarah urusan syarikat dan pengarah syarikat serta jawatan pengarah dalam anak-anak syarikat tersebut," kata Sapura Resources.
Menurut syarikat itu, Lembaga Pengarahkomited untuk menegakkan standard integriti dan tadbir urus korporat tertinggi.
— BERNAMA