GOMBAK – Nilai kontrak bagi pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) melibatkan lebih 3,000 syarikat tempatan mencecah sekitar RM17.07 bilion, setakat 30 September tahun ini.
Ketua Setiausaha Negara merangkap Pengerusi Malaysia Rail Link Sdn. bhd. Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, nilai tersebut telah mengatasi sasaran RM10.8 bilion yang ditetapkan.
“Bagi penglibatan syarikat Bumiputera, sejumlah RM3.16 bilion atau 90.28 peratus daripada sasaran RM3.50 bilion telah diberikan kepada kontraktor, perunding dan pembekal.
“Pihak MRL dan CCC akan mengembleng tenaga bagi memastikan nilai kontrak dan penglibatan syarikat Bumiputera terus meningkat shinggat tamat proses pembinaan ECRL,”katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penembusan Terowong ECRL Gombak, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, katanya, antara inisiatif yang sedang diambil termasuk kerjasama dengan pihak kerajaan negeri yang terlibat dan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) adalah bagi meneliti syarikat kontraktor Bumiputera kategori G1 dan G2.
“Ini akan membuka peluang kepada mereka untuk bersama-sama membangunkan projek
ECRL di dalam skop kerja yang bersesuaian.
“Justeru, tawaran sebut harga pakej kerja-kerja sivil Projek ECRL yang melibatkan kontraktor Bumiputera dari kategori G1
dan G2 dijangka akan bermula pada awal tahun 2025,”jelasnya. – https://amiminerals.org/