Penyokong ‘Bossku’ penuhi luar pintu mahkamah

sokongan kepada Najib di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Antara penyokong yang hadir bagi memberikan sokongan kepada Najib di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR – Penyokong Datuk Seri Najib Tun Razak mula memenuhi di hadapan pintu masuk Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur seawal 7.30 pagi bagi memberi sokongan moral kepada bekas Perdana Menteri berkenaan.

Dianggarkan 200 individu yang hadir itu turut melaungkan kata-kata ‘Bebaskan Najib’, ‘Bebaskan Bossku’.

Rata-rata mereka yang hadir mengharapkan berita baik tentang bekas Perdana Menteri itu yang akan berhadapan keputusan, sama ada perlu membela diri atau dibebaskan daripada 25 tuduhan penyelewengan berkaitan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Keputusan kes 1MDB hari ini merupakan keputusan kes terbesar kali kedua yang dihadapi Najib selepas kes SRC International Sdn. Bhd.

Sebelum ini, mahkamah tarikh hari ini bagi keputusan kes selepas mendengar hujahan di akhir kes pendakwaan bermula 19 Ogos lalu, yang berlangsung selama 12 hari.

Pada Mei lalu, selepas enam tahun berlangsung, pihak pendakwaan yang mengendalikan itu akhirnya menutup kes itu yang mana prosiding kes berlangsung selama 235 hari.

Antara saksi penting yang dipanggil memberikan keterangan termasuklah bekas Pengerusi 1MDB, Tan Sri Mohd Bakke Salleh; bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi; Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dan bekas peguam syarikat itu, Jasmine Loo Ai Swan.

Najib menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

Bekas Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan kesalahan itu di AmIslamic Bank Berhad, Bukit Ceylon di sini antara 24 Februari 2011 dan 19 Disember 2014 manakala bagi pertuduhan pengubahan haram pula antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013 di lokasi sama.

Najib didakwa mengikut Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Bekas Menteri Kewangan itu berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda sehingga lima kali jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi.

Bagi 21 pertuduhan pengubahan wang haram, Najib didakwa melakukan kesalahan tersebut di bank sama pada 22 Mac dan 30 Ogos 2013.

Kesemua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4 (1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) yang membawa denda maksimum RM5 juta dan penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali. – https://amiminerals.org/