Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri R. Ramanan (tengah) melancarkan SME Bank Sustainability Roadmap 2.0 2024-2030 di sini hari ini.Turut sama Pemangku Presiden Kumpulan, Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank Datuk Dr Mohammad Hardee Ibrahim (kiri) dan Ketua Pegawai Kelestarian Zakiah Mat Esa (kanan).–fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri R. Ramanan (kanan) hadir pada Majlis Pelancaran SME Bank Sustainability Roadmap 2.0 2024-2030 di sini hari ini.Turut sama Pemangku Presiden Kumpulan, Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank Datuk Dr Mohammad Hardee Ibrahim (kiri). –fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA Pemangku Presiden Kumpulan, Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Datuk Dr Mohammad Hardee Ibrahim menyampaikan ucapan pada Majlis Pelancaran SME Bank Sustainability Roadmap 2.0 2024-2030 di sini hari ini.–fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Iteenews) — Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Bhd (SME Bank) menyasarkan pembiayaan lestari sebanyak RM10 bilion dan pembiayaan hijau RM1 bilion menjelang 2030 melalui Pelan Hala Tuju Kelestarian 2.0.
Pemangku Presiden Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Dr Mohammad Hardee IbrahimberkataPelan Hala Tuju Kelestarian 2.0 itu adalah pelan tujuh tahun bertujuan menangani risiko berkaitan iklim, sejajar matlamat kemampanan strategik jangka panjang SME Bank.
“Pelan ituakan disokong oleh cadangan pembiayaan inovatif terutamanya Dana Kelestarian RM100 juta yang diperuntukkan kepada SME Bank menerusiBelanjawan 2025,” katanya pada majlis pelancaran pelan tersebut,di sini, hari ini, yang disempurnakanolehTimbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri R Ramanan.
Pelan tersebut dirangka susulan kejayaan Pelan Hala Tuju Kelestarian 1.0 yang dilaksanakan dari tahun 2021-2023 dengan sebanyak RM5.89 bilion pembiayaan lestari diluluskan merentasi pelbagai segmen afirmatif utama yang menyumbang kira-kira 95 peratus atau RM6.17 bilion daripada jumlah kelulusan Bank untuk tempoh 2022-2023.
Sementara itu Ramanan berkata pelancaran pelan tersebutyang menyasarkan operasi neutral karbon menjelang 2030 adalah satu langkah kehadapan dalam memperkukuhperanan Malaysia sebagai negara yang komited terhadap agenda pelepasan karbon sifar bersihmenjelang 2050.
“Usaha itu juga mengukuhkan kedudukan kita dalam kalangan negara-negara ASEAN sebagai peneraju dalam pembiayaan lestari dan pembiayaan hijau,” katanya.
SME Bank dalam satu kenyataan berkata Pelan Hala Tuju Kelestarian 2.0 menetapkan laluan yang jelas untuk perjalanan lestari bank tersebut yang berpaksikan kepada tiga fasa.
Menurut bank itu, fasapertama akan memberi tumpuan kepada penyesuaian terhadap keperluan kawal seliamanakala fasa kedua akan menerajui penyepaduan amalan kelestarian ke dalam operasi SME Bank.
Fasa tiga pula akan menyaksikan kemajuan dan peningkatan inisiatif kelestarian untuk impak dan kecekapan maksimum.