Muhammad Hilman Idham
PETALING JAYA, 29 Okt (Iteenews) — Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak SetiaMuhammad Hilman Idham, secara rasmi dipilih sebagai Ketua Armada Bersatu bagi penggal 2024-2027.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) BersatuDatuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidiberkata Muhammad Hilman memperoleh 1,888 undimenewaskan Akmal Zahin Zainal Zahir yang mendapat 1,718 undi.
Beliau berkatajawatan Naib Ketua Armada disandang oleh Muhammad Faiz Rahmad dengan 1,790 undimengalahkan dua pesaingnyaIzhar Shah Arif Shah dan Ad Adib Shaharuddinyang masing-masing memperoleh 1,287 dan 490 undi.
Jawatan Pengerusi Tetap Armada pula dimenangi oleh Muhamad Amerul Muhamad, manakala timbalannya disandang oleh Mohd Firdaus Mohd Zaini.
Menurut Abdul Azimpemilihan kepimpinan Armada berkenaan diadakan pada persidangan Armada Bersatu pada Sabtu lepas yang dihadiri 9,076 perwakilan dari 111Armada Bahagian.
Katanyapemilihan anggota Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) dan kepimpinan peringkat bahagian parti itu pula akan diadakan serentak di 175 bahagian Bersatu di seluruh negara pada 2 Novini.
Pada 4 Okt lepas, Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal Presiden Bersatu manakala Setiausaha Agung parti Datuk Seri Hamzah Zainudin mengisi jawatan Timbalan Presiden, selepas masing-masing menang tanpa bertanding dalam pemilihan parti.
Datuk Mas Ermieyati Samsudin turut menang tanpa bertanding bagi jawatan Ketua Srikandi selepas penyandangnya Datuk Seri Rina Mohd Harun menarik diri manakala jawatan Naib Ketua Srikandi dimenangiDatuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi juga tanpa bertanding.