Batu Kawa Berpotensi Dibangunkan Seperti Bandar Sunway – Abang Johari

68589c6a98806c9b8d2199ccd710c198671f6eec5b0f3Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg merasmikan Ang Cheng Ho Quarry Multipurpose Hal. Foto: Rushdan Manan

KUCHING, 28 Okt (Iteenews) — Kawasan Batu Kawa yang terletak kurang 10 kilometer (km) daribandar raya ini berpotensi untuk dibangunkan seperti Bandar Sunway di Lembah Klang, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkatakerajaan negeri sedang giatmenyelesaikan masalah kesesakan trafik, air dan elektrik di kawasan berkenaan bagi memastikan pembangunan yang menyeluruh di Batu Kawa menjelang 2030.

“Kalau kita lihat kawasan ini (Batu Kawa) seperti pembangunanyang dilakukan di Bandar Sunway di Lembah Klang… kawasan itu dahulunya kuari batu dan dibangunkan menjadi bandar yang terletak jauh sikit dari Kuala Lumpur.

“Kita akan buat jalan dari Batu Kawa terus ke Jalan Matang dan kita juga sedang membina jambatan baharu (di Batu Kawa) untuk menyeberang Sungai Sarawak…kita ada infrasturuktur yang kita bangunkan untuk manfaat rakyat jelata,” katanya ketika berucap merasmikan Dewan Serbaguna Ang Cheng Ho di sinihari ini.

Dewan berkenaan merupakan inisiatif di bawah Projek Rejuvenasi Kuari Ang Cheng Ho Batu Kawa fasa pertama melibatkan keluasan8.1 hektar.

Abang Johari berkata pembukaan tanah bagi projek pembinaan jalan raya di kawasan berkenaan akan turut memberi peluang untuk pembangunan perumahan mampu milik khususnya bagi golongan B40 di negeri ini.

Dalam pada itu, Timbalan Premier Sarawak Datuk Seri Dr Sim Kui Hian dalam ucapannya berkata penambahan peruntukan berjumlahRM7 juta diperlukan bagi fasa kedua projek mengubah wajahkuari berkenaan.

Sebelum ini, media melaporkan Dr Sim yang juga Ahli Dewan Undang Negeri (ADUN) Batu Kawaberkata taman rekreasi seluas 24.2 hektardirancang dibina di kawasan DUN berkenaan di bawah fasa dua projek itu.

— BERNAMA