Maxim Group Laksana Perjanjian Kemudahan Perbankan Bernilai RM76 Juta Untuk Beli Tanah

ccae3b3175f862ae335bc59f56a501cc5fbfa4cecdbb8

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Iteenews) — Anak syarikat milik 70 peratus Maxim Global Bhd, Maxim Icon Sdn Bhd melaksanakan perjanjian kemudahan perbankan dengan Maybank Islamic Bhd bernilai RM76 juta.

Dalam kenyataan kepadaBursa Malaysia hari ini, pemaju hartanah itu berkata pinjaman berkenaan akan membiayai sebahagian daripada pembelian dua bidang tanah pegangan kekaldengan gabungan keluasan 2.35 hektar (5.81 ekar) di Mukim Damansara, Selangor.

“Kemudahan ini akan menyebabkan kumpulan menanggung perbelanjaan faedah, yang akan memberi kesan kepada pendapatan kerana ini sama ada untung atau rugi.

“Bagaimanapun, kos ini dijangka dapat diimbangi oleh perolehan yang dijana daripada pembangunan tanah berkenaan,” katanya.

Menurutnya pengurusan menjangkakan pembangunan itu akan menyumbang secara positif kepada pendapatan Maxim Group pada masa hadapan.

— BERNAMA