Khazanah Lancar Jelawang Capital, Pacu Ekosistem Modal Teroka Malaysia

0bbc5ac200f1aeb232881d6401519e976412f712bb9bf

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Iteenews) — Khazanah Nasional Bhd pada Isnin melancarkanJelawang Capital Sdn Bhd (Jelawang Capital) iaitu ‘national fund-of-funds’ (NFOF) bagi memacu pertumbuhan ekosistem modal teroka negara ini.

Langkah itu berikutan penggabungan Malaysia Venture Capital Management dan Penjana Kapital pada Julai lepas dan sepertimanadiumumkan menerusi pembentangan Belanjawan MADANI 2025 ketiga oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengarah Urusan Khazanah, Dato’ Amirul Feisal Wan Zahir berkata Jelawang Capital melambangkan usaha Khazanah dalam membangunkan ekosistem modal teroka.

“Menerusiinisiatif pemangkin itu, Jelawang Capital akan meneruskan usaha membangunkan pengurus-pengurus dana Malaysia di samping menarik penglibatan pengurus dana serantau yang mempunyai kepakaran dan modal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Amirul FeisalberkataJelawang Capital diterajuioleh Bryan Lim sebagai Ketua Pegawai Eksekutif yang juga merupakan Ketua Dana Impak Khazanah.

Sejajar usaha memacu perkembangan ekosistem modal teroka Malaysia, Jelawang Capital akan menerajui dua inisiatif -Emerging Fund Managers’ Programme (EMP) dan Regional Managers' Initiative (RMI).

Menurut kenyataan itu, EMP bermatlamat untuk memupuk pengurus-pengurus dana Malaysia yang berpotensi dari segi mengumpul dana pertama, kedua atau ketiga

"EMP yang terbuka kepada pengurus-pengurus dana berpusat di Malaysia atau luar negara, akan menyokong pengurus dana Malaysia untuk membina rekod prestasi dan meningkatkan daya saing mereka di dalam ekosistem modal teroka.

“Jelawang Capital akan menjadi penaung untuk pengurus dana Malaysia dalam menarik minat dan pelaburan lain dari pelabur-pelabur Malaysia dan antarabangsa. Selain sokongan modal, EMP mempunyai aspirasi untuk menyokong pengurus-pengurus dana dalam bidang penting seperti pengurusan dana, operasi pelaburan dan pengurusan bakat,” katanya.