KUALA LUMPUR, 28 Okt (Iteenews) — Tenaga Nasional Bhd (TNB) membolehkan pelanggan menggunakan MyDigital ID bagi tujuan log masuk tambahan platform myTNB bermula awal tahun depan.
Dalam kenyataannya, syarikat utiliti nasional itu berkata TNB akanmengintegrasikanMyDigital ID sebagai pilihan log masuk tunggal (SSO) tambahan danpelanggan myTNB dipelawa menggunakan pilihan itupada fasa permulaannya.
“Mereka akan menerima pelawaan eksklusif bagi mengemas kini aplikasi myTNB yang membolehkan mereka menikmati manfaatMyDigital ID itu terlebih dahulu," katanya.
TNB juga menyifatkan inisiatif itu seiringan dengan komitmennya untuk menyokong agenda MyDigital bagi melaras pengurusan identiti digital di Malaysia selain menawarkan kemudahan dan keselamatan untuk pengguna.
Langkah mengintegrasi ciri SSOMyDigital ID itu juga akan membolehkan pengguna platform myTNB mendapat akses kepada pelbagai perkhidmatan TNB sambil menikmati perlindungan yang dipertingkat terhadap pencerobohan data menerusi pengesahan identiti digital secara berpusat, katanya.
— BERNAMA