Malaysia Bakal Raih Manfaat Ekonomi Sebagai Negara Rakan BRICS – Ahli Akademik

1e71bb0af07242f57eb13fc4be444b736703b58184422

Oleh Abdul Hamid A. Rahman

KUALA LUMPUR, 27Okt (Iteenews) — Pengiktirafan Malaysia sebagai satu daripada 13 negara yang secara rasmi menganggotaiBRICS sebagai negara rakanmemberikan peluang ekonomi yang ketara, membuka akses kepada perdagangan, pelaburandan kerjasama dengan pasaran sedang pesat membangun terbesar di dunia termasuk Brazil, Rusia, India, Chinadan Afrika Selatan.

Koordinator Akademi Pembangunan PKS dan Keusahawanan Malaysia(MASMED)Universiti Teknologi MARADr Mohamad Idham Md Razak berkata langkah sedemikian akan memberikan Malaysia akses kepada negara-negaraini, meningkatkan eksport dan menarik pelaburan langsung asing (FDI) dalam sektor seperti teknologi, infrastrukturdan tenaga.

“Ini dapat mewujudkan peluang untuk projek tenaga dan infrastruktur,terutamanya dengan China dan India, apabila kedua-duanya merupakan pemain utama dalam tenaga boleh baharu dan kemajuan teknologi,” katanya kepadaIteenews.

Selain Malaysia, 12 negara lain ialah Algeria, Belarus, Bolivia, Cuba, Indonesia, Kazakhstan, Nigeria, Thailand, Turki, Uganda, Uzbekistan dan Vietnam.

Mohamad Idham berkata Malaysia juga dapat memanfaatkan permintaan yang meningkat dalam BRICS untuk produk seperti minyak sawit, elektronik dan getah berikutan negara-negara ini terus meningkatkan kapasiti perindustrian dan teknologi mereka.

“Keanggotaan BRICS menawarkan potensi yang besar kepada Malaysia untuk memperluas pasaran eksport dan mempelbagaikan perdagangan, terutamanya dengan negara-negara dalam blok BRICS.

“Selain itu, ia memberikanMalaysia akses kepada pasaran kewangan dan pelaburan alternatif, termasuk penggunaan mata wang bukan tradisional dalam perdagangan, yang dapat mengurangkan kebergantungan kepada sistem kewangan Barat dan mengurangkan risiko mata wang,” katanya.

Mohamad Idham juga berkata Malaysia dapat memanfaatkan aspek diplomasi dan pendekatanberkecuali sebagai pengerusi ASEAN untuk menggalakkan negara-negara anggota membentuk pakatan strategik dengan BRICS, menjadi penghubung antara kedua-dua blok itu.