‘Anak raja pun ambil makanan sendiri’

Tangkap layar yang menunjukkan Tengku Muhammad Iskandar dan Tengku Natasya Puteri mengambil makanan bersama tetamu tetamu yang lain.

Tangkap layar yang menunjukkan Tengku Muhammad Iskandar dan Tengku Natasya Puteri mengambil makanan bersama tetamu-tetamu yang lain.

PETALING JAYA – “Anak raja pun ambil makanan sendiri. Kita baru jadi raja sehari, nak orang hidang siap dengan udang panjat,”.

Demikian tulis @bckupacc99 di X mengenai pasangan Diraja Tengku Arif Bendahara, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah dan isteri Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan pada Istiadat Berinai semalam.

Menerusi perkongsian video di laman sosial, menunjukkan pasangan Diraja itu dengan bersahaja mengambil makanan bersama tetamu-tetamu yang lain sehingga menerima pujian ramai.

Pada masa sama rata-rata pengguna media sosial turut memuji kecantikan Tengku Natasya Puteri dan ketampanan Tengku Muhammad Iskandar yang mengenakan persalinan berona biru.

“Anakanda Sultan Pahang ni semuanya merendah diri belaka, ikut jejak Almarhum nenda mereka,” komen TheTehTarek.

“Mungkin pasangan ini teringin nak buat kelainan sikit sebab anak raja makanan selalunya sentiasa siap terhidang. Tapi kali ini teringin nak merasa ambil sendiri,” tulis ciktiramisuuuu.

Terdahulu, Tengku Muhammad Iskandar dan Tengku Natasya Puteri sah bergelar suami isteri dalam Istiadat Akad Nikah di Istana Abdulaziz, Kuantan, Pahang kelmarin.

Pasangan tersebut dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di Balai Mahkota, Istana Abdulaziz dengan mas kahwin senaskhah al-Quran. -https://amiminerals.org/