Sehingga kini saya trauma dengan lipan!

WhatsApp Image 2024 10 26 at 17.51.24

Setiap individu mempunyai perancangan hidup begitu juga dengan pilihan Pesona Ahad minggu ini, Syamira Zahar, 26 yang mahu mengapai impian bergelar usahawan dan ­menyambung pengajian Doktor Falsafah (PHD).

Setiap individu mempunyai perancangan hidup begitu juga dengan pilihan Pesona Ahad minggu ini, Syamira Zahar, 26 yang mahu mengapai impian bergelar usahawan dan ­menyambung pengajian Doktor Falsafah (PHD).

Lebih mesra dipanggil Mira, wanita penuh inspirasi ini baru sahaja menamatkan ­pengajian dalam bidang Sarjana Pentadbiran Perniagaan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

Kepada Kosmo! Ahad, Mira berkongsi mengenai dirinya sebagai content creator dan pe­ngalamannya yang kini menjadi igauan, digigit lipan bara.

Kosmo! Ahad: Ceritakan sedikit tentang Mira?
Mira: Satu-satunya anak perempuan dan mempunyai tiga abang, dilayan serta dilindungi bak princess di rumah.
Mira tidak pernah menangis tetapi dalam proses pengajian sarjana, saya menangis sambil menyiapkan tesis. Alhamdulillah, berkat doa saya habiskan sarjana dengan CGPA 3.65 Anugerah Dekan. Belajar memang susah tetapi at the end of the day sangat berbaloi.

Kerjaya sekarang?
Content creator, banyak rezeki datang selepas saya tamat ­pengajian, kebanyakan pendapatan diperoleh daripada media sosial, sama ada bisnes, ulasan, kerjasama atau kempen.

WhatsApp Image 2024 10 18 at 22.14.30 1
MIRA pernah menangis depan komputer riba siapkan tesis.

Pengalaman tidak dilupakan Mira?
Digigit lipan bara merah dan kejadian berlaku pada Hari Raya Aidilfitri tahun 2017 di kampung. Lipan bara itu merayap masuk ke dalam baju dan terdapat enam gigitan.
Bapa mengikat lengan dengan kain dan segera membawa saya ke hospital untuk mengelakkan bisa lipan merebak. Sehingga kini saya masih trauma dengan
lipan!

Cara anda nikmati hidup, tangani stress?
Mira jenis yang tenang dan suka buat hal sendiri, tidak gemar dengan gosip atau isu-isu yang boleh memberi kesan negatif. Masa lapang banyak dihabiskan dengan ibu dan bapa, nikmati masa berkualiti bersama keluarga.

Perancangan masa depan Mira?
Saya berhasrat melanjutkan pengajian hingga ke peringkat PhD. Buat masa ini, saya fokus untuk mengukuhkan kerjaya dan meluangkan masa bersama ibu bapa saya.

Ciri-ciri lelaki pilihan?
Memiliki agama, akhlak yang baik dan bertanggungjawab. Akhlak sangat penting kerana ia merangkumi cara lelaki bercakap, rasa hormat dan menjaga wanita dengan ikhlas.