PKR Kelantan Perlu Lipat Ganda Usaha Tambah Keahlian – Nurul Izzah

347a7e64ea06f57ae39a8f05880da9db668965c42190eNurul Izzah Anwar

TANAH MERAH, 26 Okt(Iteenews) — Pemimpin dan anggota PKRperingkat cawangandiminta melipatgandakan usaha menambah keahlian bagi memastikan parti itu mampu memenangi kerusi di negeri ini pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata parti itu sudah mula mendapat kepercayaan di Kelantan kerana teras prinsip keadilan kepada rakyat.

"Kita lihat undi yang diberikan pada PRU lepas mula naik dan ini menunjukkan rakyat negeri ini memberi kepercayaan kepada kita,” katanya kepada Iteenews selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PKR Cabang Tanah Merah 2024di sinihari ini.

Pengerusi Majlis Pimpinan NegeriKelantan Datuk Seri Mohamad Suparadi Md Noor berkataPKR Kelantanakan bekerja keras pada peringkat akar umbi bagi meningkatkan sokongan sekali gus mengubah landskap politik negeri ini.

"Kita mesti meramaikan anggota dan keahlian kerana tanpa jentera yang kuat, kita tidak mampu melakukan perubahan landskap politik di negeri ini," katanya.