Bomba selamatkan remaja tertekan, kekasih tidak balas WhatsApp

jambatan tendong

nggota bomba menenangkan seorang remaja selepas diselamatkan daripada terjatuh dari Jambatan Tendong, Kota Bharu hari ini. FOTO IHSAN BOMBA

KOTA BHARU – Seorang remaja yang sebelum ini dipercayai tertekan kerana putus cinta sekali lagi diselamatkan di Jambatan Tendong di sini hari ini.

Lelaki berusia 18 tahun itu sebelum ini sempat diselamatkan pemandu lori yang melalui jambatan tersebut pada pukul 8.30 pagi, 25 September lalu.

Remaja itu dipercayai tertekan selepas kekasihnya tidak membalas kiriman WhatsApp selepas dia mahu mengikat tali pertunangan dengan wanita tersebut.

Difahamkan, hubungan cinta mereka kembali bertaut selepas insiden pertama pada bulan lalu.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tunjong, Azhar Muhamad berkata, pihaknya yang menerima panggilan pada pukul 1.49 tengah hari tadi sebelum enam anggota dikejarkan ke lokasi.

Anggota bomba mendapati terdapat kes cubaan terjun, namun remaja itu sudah diselamatkan orang awam selepas mendapati mangsa berada dalam keadaan mencurigakan di atas Jambatan Tendong.

“Kita mengambil masa kira-kira 30 minit untuk memujuk mangsa selain menasihatinya agar tidak mengulangi perbuatan sama selepas ini.

“Siasatan mendapati, remaja itu tertekan selepas kekasihnya tidak menjawab kiriman WhatsApp,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Azhar memberitahu, sebelum kejadian, remaja itu dipercayai mahu mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya. Bagaimanapun, wanita itu tidak membalas WhatsApp yang dihantar. – https://amiminerals.org/.