Suami ‘romantik’ menangis enggan berpisah dengan kereta

Geli kereta22

SEORANG lelaki memeluk keretanya di Singapura. – Foto Tangkap Layar/TikTok/Ntshatan

SINGAPURA  – Seorang lelaki Singapura menitiskan air mata sambil memeluk keretanya kerana enggan berpisah selepas usia kenderaan tersebut mencecah 10 tahun, lapor portal berita asiaone semalam.   

Isteri lelaki berkenaan yang dikenali sebagai ntshatan di platform TikTok, memuat naik  rakaman video kelakuan suaminya itu pada 10 Oktober lalu.

“Suami saya terpaksa ‘melepaskan’ keretanya hari ini.

“Hancur hati saya melihat dia menangis tetapi itulah realiti memiliki kereta di Singapura,”kata is ntshtan.

Dia  merujuk kepada peningkatan harga untuk memperbaharui Sijil Kelayakan (COE) bagi membolehkan sesebuah kenderaan bergerak di atas jalan raya. Dia perlu membayar caj COE yang amat mahal jika ingin terus menyimpan kereta itu.

Ntshtan turut membelikan suaminya kek perpisahan empat minggu sebelum perpisahan itu berlaku.

“Ini adalah kejutan paling manis, lucu, paling bernas dan tidak dijangka  pernah saya peroleh dan ia membuatkan saya menangis,”tulis suaminya, Izzraimy dalam catatannya.

Rakyat Singapura sudah biasa dengan keperluan untuk berpisah dengan kenderaan yang telah berusia kerana peningkatan harga COE dan perlu dilupuskan.

“Apa? Awak tak boleh simpan kereta awak selama yang awak mahukan?”tanya seorang netizen di media sosial. 

Harga COE untuk Kategori A iaitu bagi kereta yang paling biasa telah mencecah lebih SG$100,000 (RM329,627). – AGENSI