Nestle Malaysia
KUALA LUMPUR, 24 Okt(Iteenews) –Nestle (Malaysia) Bhd mencatatkan penyusutan sebanyak 36.1 peratus dalam keuntungan bersihnya kepada RM85.41 juta pada suku ketiga berakhir 30 Sept 2024 (S3 2024) daripada RM133.70 juta pada suku ketiga 2023.
Kejatuhan itu mencerminkan kesan perolehan yang lebih rendah di samping usaha berterusannya untuk meningkatkan kecekapan dalaman dan melaksanakan inisiatif penjimatan kos.
Hasil juga turun 18.4 peratus kepada RM1.44 bilion daripada RM1.77 bilion sebelumnya.
“Penurunan itu jugadisebabkan oleh pengurangan dalam jualan domestik, dipengaruhi oleh keraguan pengguna di sebalikperbelanjaan berhati-hati dan kebimbangan tentang kemampuan,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia.
Kumpulan itu turut mengulangi hala tuju sebelumnya untuk kembali kepada pertumbuhan yang sihat menjelang penghujung separuh pertama 2025 berdasarkan asas-asas kukuhnya.
Sementara itu, bagi sembilan bulan berakhir 30 Sept 2024, Nestle mencatatkan keuntungan bersih yang lebih rendah sebanyak 26.8 peratus kepada RM374.52 juta daripada RM511.76 juta, manakala hasil susut 11.4 peratus kepada RM4.75 bilion daripada RM5.36 bilion sebelum ini.
Selaras dengan komitmen kumpulan untuk memberikan nilai kepada para pemegang saham, lembaga pengarah mengisytiharkan dividen interim satu peringkat kedua yang dikecualikan cukai sebanyak 35 sen sesaham untuk tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024.
Mengenai prospek, kumpulan itu berkata walaupun keadaan pasaran dijangka kekal mencabar tetapi bertambah baik secara progresif dalam tempoh terdekat dankumpulan berkenaan menjangkakan kembali kepada pertumbuhan sihat menjelang separuh pertama 2025.
“Kami kekal yakin dengan kekuatan asas kami sebagai penerajubarangan pengguna yang bergerak pantas merentasi pelbagai kategori di tempat kami bersaing.