Kredit : Amanah Labuan
LABUAN, 23 Okt (Iteenews) — Barisan kepimpinan Parti Amanah Negara (Amanah) Kawasan Labuan kini lengkap dengan terbentuknya sayap pemudasecara rasmi selepas tidak aktif sejak Mac 2020apabila jawatankuasa sebelum ini meninggalkan parti dan kepimpinan pusat bertindak menggantung operasinya.
Ketua Amanah Labuan Datuk Dr Ramli Tahir mengesahkan kepimpinan baharu pemuda akan diketuai Mohd Shahezzad Salim dengan Mohd Khairul Feirzuwan Ahmad Kassim sebagai timbalannya.
"Naib Ketua ialah Sharif Khairul Ikhwan Malai manakalaMohd Haziq Danial Marali memegang jawatan sebagai Setiausaha," katanya kepada Iteenews hari ini.
Pembentukan barisan kepimpinanpemuda baharu itu dirasmikan pada 20 Okt lepas dalam majlis yang disaksikan oleh Ketua Amanah Wilayah Persekutuan Khalid Samad.
Dr Ramli berkata Amanah, sebagai sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan, terus komited memainkan peranan proaktif dalam menyokong usaha kerajaan memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat dankepimpinan Kawasan Labuan kekal dengan beliau sebagai ketua, Andy Herdywadi Jaafar sebagai timbalan manakala Rahim Suailin berkhidmat sebagai naib ketua.
Beliau berkata bagi sayap wanita, Maureen Tidal adalah ketua manakalaRosina Mustapin sebagai timbalannya dan Rosinah Jahar memegang jawatan naib ketua.