Ibu bimbang alat sulit anak ‘bermasalah’ selepas sunat laser

Geli sunat1

SEORANG budak lelaki masih berasa sakit selepas dikhatankan pada awal bulan ini. – Foto Tribunnews/Sultra.com

JAKARTA – Seorang wanita di Wakatobi, wilayah Sulawesi Tenggara mendakwa bahawa alat sulit anaknya mengalami ‘masalah’ setelah dikhatankan melalui kaedah laser, lapor laman berita Serambinews hari ini.

Wanita yang hanya dikenali sebagai Melati memberitahu bahawa anaknya yang berusia sembilan tahun, bersunat setelah mengikuti program perkongsian doktor pada 4 Oktober lalu.

Setelah selesai dikhatankan, Melati berkata, keadaan kemaluan anaknya tidak seperti sebelumnya, malah dia bimbang memikirkan nasib kanak-kanak itu yang sudah berhari-hari mengalami kesakitan. 

Wanita itu bagaimanapun tidak mendedahkan masalah yang dialami anaknya.

Mangsa dirujuk ke tiga buah hospital berlainan namun, dia tidak dapat menjalani pemeriksaan lanjut kerana masalah kekurangan wang.

Melati kini berharap agar program perkongsian doktor itu akan kembali semula ke kawasan tempat tinggalnya untuk merawat anaknya. – AGENSI