Lawatan Anwar Dan Misi Penggalakan Pelaburan Jana Potensi Pelaburan Berjumlah RM82.6 Bilion – MITI

2f171777b5c5d1c5cb0c0aaea25e077f6718fd25eaa73–fotoBERNAMA (Fail/File)

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Iteenews) — Sebanyak sebelas Misi Penggalakan Pelaburan (TIM)termasuk enam lawatan rasmi yang diketuai Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahimbagi tempoh Januari sehingga September 2024 telah menghasilkan potensi pelaburan berjumlah RM82.6 bilion.

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) berkata daripada jumlah itusebanyak RM30.9 bilion (37.41 peratus) nilai pelaburan telah diluluskan manakala RM26.8 bilion (32.45 peratus) dijangkadimuktamadkandalam tahun ini.

“Nilai pelaburan sebanyak RM30.4 bilion (36.80 peratus) pula dijangkadimuktamadkan dalam tahun 2025 hingga 2027,”kata kementerian itumenerusijawapan bertulis di laman sesawang Parlimen Malaysia, hari ini.

MITI berkata demikian bagimenjawab soalan Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik(PH-Balik Pulau) yang ingin tahu nilai dan status pelaburan asing ke dalam negara yang telah direalisasikan berbanding nilai pelaburan yang diumumkan dalam siri lawatan luar negara oleh Perdana Menteri sehingga kini.

Antara negara yang dilawati sepanjang tempoh itu termasuklahJerman, Perancis, Itali, Australia, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Qatar, Jepun, India, Singapura dan Thailand.

Menurut MITI, kementerian itusentiasa melaksanakan pemantauan rapat serta perbincangan strategik bersama para pelabur memandangkanpelaburan besar memerlukan masa untuk direalisasikan dan mematuhi proses yang kompleks.

“Proses susulan ini adalah kritikal untuk memastikan setiap komitmen pelaburan yang dijanjikan dapat ditukar kepada pelaksanaan yang sebenar, dalam tempoh yang optimum,” katanya.

Pada 2023, MITI bersama Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) telah melaksanakan 12Misi Penggalakan Pelaburan termasuk lapan lawatan rasmi yang diketuai Anwar ke negara-negara seperti Jepun, Amerika Syarikat, Itali, dan Singapura yang menghasilkanpotensi pelaburan berjumlah RM353.6 bilion.

“Daripada jumlah ini, sebanyak RM32.8 bilion (9.28 peratus) nilai pelaburan telah diluluskan yang dijangkamewujudkan lebih daripada 6,400 peluang pekerjaan.