EXIM Bank, GTC Memeterai Perjanjian US$19.97 Juta Untuk Tingkat Telekomunikasi Kemboja

0d5ba442098943987ed25c5630f2af7c671784b413bcc 5c09a4741f82fa102dfdf813e6df73616717853c2f80a Kredit: Export-Import Bank of Malaysia Bhd (EXIM Bank)

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Iteenews) — Export-Import Bank of Malaysia Bhd (EXIM Bank) telah memeteraiperjanjian pembiayaan dengan Global Tower Corporation Pty Ltd (GTC) bernilai US$19.97 juta (US$ = RM4.32).

GTC, anak syarikat milik 75 peratus Rohas Tecnic Bhd (RTB Group), adalah pemain utama dalam perkhidmatan infrastruktur telekomunikasi serta syarikat menara bebas terkemuka yang dilesenkan oleh pengawal selia telekomunikasi Kemboja bagi membina dan mengendalikan perkhidmatan menara telekomunikasi di negara tersebut.

Bank itu melalui satu kenyataanberkata pembiayaan itu akan menyokong pembinaan lebih 400 menara telekomunikasi di seluruh Kemboja, meluaskan liputan rangkaiannya, terutamanya kawasan yang kurang mendapat perkhidmatan di kawasan bandar dan luar bandar.

“Pembiayaan itu adalah sebahagian daripada komitmen EXIM Bank untuk menyokong pengembangan global perniagaan Malaysia seperti RTB Group, terutamanya dalam pasaran pertumbuhan tinggi seperti Kemboja.

“Dengan bekerjasama dengan GTC dan RTB Group, EXIM Bank memperkukuh peranannya sebagai pemangkin kepadaperniagaan Malaysia yang mengejar peluang pertumbuhan di luar negara, sambil menyumbang kepada pembangunan infrastruktur kritikal di rantau ASEAN,” katanya.

Bank itu menambah Kemboja, salah satu ekonomi ASEAN yang paling pesat berkembang, menawarkan peluang yang besar untuk sektor seperti telekomunikasi, infrastrukturdan teknologi hijau.

EXIM Bank melihat Kemboja sebagai pasaran strategik yang berpotensi mantapuntuk pengeksport Malaysia termasuk tumpuannya bagi menambah baik infrastruktur serta sektor telekomunikasinya menawarkan persekitaran perniagaan yang kondusif untuk pengembangan.

“Dengan peningkatan urbanisasi, pertumbuhan permintaan untuk perkhidmatan digital selain usaha kerajaan Kemboja yang berterusan bagi melonjakkan kesalinghubungan, EXIM Bank optimis tentang peluang yang berterusan, terutamanya kepadasyarikat-syarikat Malaysia dalam telekomunikasi, teknologidan tenaga boleh baharu,” kata kenyataan itu.

Pemangku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) EXIM Bank, Nurbayu Kasim Chang berkata bank berkenaan rasa berbangga dapat menyokong GTC dan RTB Group dalam projek tersebut, yang bukan sahaja akan mengukuhkan infrastruktur Kemboja tetapi mewujudkan peluang pertumbuhan untuk syarikat Malaysia di luar negara.