MATRADE Komited Perkukuh Perdagangan Luar Negara Melalui Belanjawan 2025

e3541f5f053c1f51e99c84170783368c67174d2b96addPengerusi MATRADE Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Iteenews) –Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) akan terus menjadi agensigalakan eksport negara menerusi Belanjawan 2025 dengan membantu syarikat Malaysia untuk kekal kompetitif di pasaran luar.

Pengerusinya,Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkataperuntukan belanjawan yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sejajar dengan fungsi teras MATRADE bagi menyokong peranan utama dalam membangun ekonomi negara menerusi eksport.

“Inisiatif Belanjawan 2025 yang diumumkan bukan sahaja berupaya memperkukuh pembangunan kapasiti dan kemampanan syarikat, malah turut menyokong aktiviti galakan eksport yang mampu mendorong potensi eksport yang lebih tinggi.

“MATRADE kekal komited dalam usaha sebagai peneraju pembangunan eksport Malaysia dan melonjakkan ekonomi negara ke peringkat yang lebih tinggi,” katanya.

Selain itu, agensi itu berkata pihaknya menyambut baik peruntukan RM40 juta yang akan disalurkan melalui geran bayaran balik (Market Development Grant- MDG) bagi membantu pengeksport Malaysia khususnya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) untuk terus terlibat dalam aktiviti promosi eksport sama ada di dalam ataupun di luar negara.

Menurut MATRADE, pemberian geran itu telah dapat membantu syarikat-syarikat Malaysia untuk mengakses pasaran sedia ada dan pasaran baharu dengan lebih mudah terutamanya bagi pasaran Afrika, Amerika Latin dan Timur Tengah.

“PMKS yang mengambil bahagian di dalam pameran perdagangan antarabangsa di luar negara boleh memohon geran sehingga RM25,000 manakala penyertaan di dalam misi promosi perdagangan di mana padanan perniagaan (B2B) diadakan boleh memohon geran sehingga RM10,000.

“Had maksimum untuk tuntutan balik di bawah MDG telah ditingkatkan daripada RM200,000 ke RM300,000 bagi setiap syarikat PKS yang menyertai sebarang program promosi eksport yang dibenarkan di bawah MDG,” katanya.

Sementara itu, MATRADE mengalu-alukan peruntukan dana RM1 bilion yang disediakan melalui Khazanah Nasional untuk syarikat mid-tier melalui kerjasama strategik bagi tujuan pembiayaan yang menyokong pembinaan keupayaan syarikat tempatan.