Inisiatif Belanjawan 2025 Bantu Tarik Pelaburan Berkualiti, Jadikan Malaysia Destinasi Pilihan — MIDA

073760ffb2590952f2b13ce4a3ab2bc76711c66a11b4fDatuk Sikh Shamsul Ibrahim Sikh Abdul Majid

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Iteenews) — Inisiatif yang dibentangkan dalam Belanjawan 2025 membolehkan Malaysiamenarik lebih banyak pelaburan berkualiti tinggi, inovatif dan mampan yang seterusnyamenjadikan negara destinasi pelaburan terpilih di rantau Asia Tenggara.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA)Datuk Sikh Shamsul Ibrahim Sikh Abdul Majid berkata inisiatif tersebut merupakan satulangkah penting untuk merealisasikan matlamat Rangka Kerja Ekonomi MADANI.

Beliau berkatabagi tujuan itu MIDA akan terus memainkan peranannya menyokong iklim pelaburan segar buat para pelabur serta komuniti perniagaan untuk memacu pertumbuhan ekonomi dan kemakmuran negara.

"Kami amat teruja dengan rangkaian insentif yang diumumkan dalam belanjawan, yang akan meningkatkan lagi daya saing komuniti perniagaan, menarik pelaburan berkualiti yang disasarkan dan mewujudkan peluang baharu untuk menjana pertumbuhan ekonomi yang inklusif dan mampan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selaras dengan Kerangka Ekonomi MADANI, beliau berkata,Belanjawan 2025 mencerminkan komitmen Malaysia dalam menyokong pertumbuhan ekonomi yang inklusif dan mampan.

"Belanjawan ini juga akan memperkasakan komuniti perniagaan, memacu inovasi, meningkatkan nilai ekosistem sektor perkilangan dan perkhidmatan yang dinamik sekali gus menjana manfaat buat rakyat.

"Melalui inisiatifyang digariskan, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan MIDA komited menggandakan usaha dan peranan untuk memperkukuhkan daya saing negara di peringkat serantau dan antarabangsa," katanya.

Jumaat lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan Belanjawan 2025 yangmengandungi pelbagai langkah sokongan untuk membantu komuniti perniagaan serta inisiatif bagimerangsang ekonomi negara yang kukuh dan mantap.

Antara yang diumumkan termasuk pelaksanaan Cukai Minimum Global (GMT), Ikhtiar Ketahanan Rantaian Bekalandan cadangan mengkaji kebolehlaksanaan Kredit Cukai Pelaburan Strategik.