Mangsa aktiviti bitcoin hadapi tuntutan bil elektrik ratusan ribu ringgit

WhatsApp Image 2024 10 21 at 3.28.26 PM

JASON (tengah) bersama mangsa kegiatan bitcoin di Pusat Khidmat ADUN Astaka di Sitiawan hari ini

LUMUT – Empat pemilik rumah di Sitiawan di sini berdepan tuntutan bayaran elektrik bernilai ratusan ribu ringgit selepas premis mereka digunakan oleh penyewa melakukan aktiviti bitcoin, dalam tempoh antara Jun tahun lalu hingga Ogos lalu.

Penyewa melakukan penyambungan elektrik secara haram hingga mengakibatkan sering berlaku gangguan bekalan elektrik di kawasan perumahan terlibat.

Pada masa sama, pemilik rumah tidak mengetahui kegiatan penyewa tersebut kerana semakan bil elektrik bulanan menunjukkan kadar biasa premis kediaman.

Seorang pemilik rumah hanya mahu dikenali sebagai Kamal, 43, memberitahu menyewakan rumah teres setingkat miliknya di Bandar Baru Setia Awan Perdana (BBSAP) kepada seorang lelaki pada kadar RM500 sebulan pada Januari lalu.

Jelasnya, lelaki itu hanya membayar sewa bulanan pada tiga bulan pertama sahaja sebelum gagal dihubungi memaksanya yang menetap di Pulau Pinang, datang ke BBSAP untuk membuat pemeriksaan.

Terangnya, sebaik tiba, didapati rumah tersebut berada dalam keadaan teruk dan didapati pihak berkuasa telah melakukan serbuan di situ dan terdapat notis tuntutan bil elektrik berjumlah RM51,407.

“Kira-kira empat bulan kemudian, rumah saya sekali lagi diserbu selepas dipercayai penyewa tersebut menceroboh premis itu untuk kegiatan bitcoin dan saya menerima notis tuntutan kedua berjumlah RM57,808,”katanya pada sidang akhbar di Pusat Khidmat ADUN Astaka di sini hari ini.

Menurutnya, selain berdepan tuntutan bil elektrik tidak masuk akal berjumlah RM109,215 itu, dia turut kerugian puluhan ribu ringgit lagi akibat kerosakan rumah selepas dua kali serbuan pihak berkuasa. – https://amiminerals.org/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *