Lelaki mengaku rakam komet melintas sekali dalam 80,000 tahun

komet 80000

Raj merakam komet C/2023 A3 Tsuchinshan-ATLAS melintas di Halewood. – Raj Sharma

LONDON  –  Seorang lelaki mengaku berjaya merakam komet C/2023 A3 Tsuchinshan-ATLAS, yang melintasi Bumi sekali setiap 80,000 tahun, lapor laman berita Liverpool Echo semalam.

Objek angkasa itu pertama kali ditemui pada 2023 ketika menuju  jauh ke dalam sistem suria di laluan yang tidak pernah direkodkan oleh manusia sebelum ini.

Komet itu dikesan oleh ahli astronomi Balai Cerap Tsuchinshan, China dan teleskop ATLAS yang ditempatkan di Afrika Selatan. 

Ia  dinamakan Tsuchinshan-ATLAS sebagai penghormatan kepada kedua-dua balai cerap yang terlibat dalam penemuannya.

Komet itu menyempurnakan  perjalanan terdekatnya mengelilingi Matahari bulan lalu tetapi saintis bimbang ia mungkin hancur apabila berdepan kepanasan Matahari kerana binaannya yang tidak menentu dan berais.

Ia bagaimanapun bertahan secara relatif tanpa mengalami kemusnahan.

Seorang individu bernama Raj Sharma mendakwa bahawa  dia merakam imej komet itu di Halewood, England pada 17 Oktober lalu sekitar pukul 7.30 malam (waktu tempatan). – AGENSI 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *