Askar serang penjual sosej lari masuk kem

sosej scaled

Gambar hiasan. – Unsplash

BANGKOK – Seorang askar menyerang penjual sosej menggunakan pisau sebelum melarikan diri ke dalam sebuah kem tentera, lapor laman berita Thaiger.

Kejadian berlaku di daerah Nang Rong, wilayah Buriram pada minggu lalu.

Namun setakat ini, suspek dilaporkan masih belum ditangkap.

Dalam kejadian itu, mangsa, Wisanu, 20, sedang berniaga di gerainya bersama adiknya.

Secara tiba-tiba, suspek yang dikenali sebagai Thanathep, menyerangnya menggunakan pisau.

Ia menyebabkan mangsa cedera pada kepala dan memerlukan lima jahitan.

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan insiden tersebut sebelum suspek melarikan diri ke sebuah kem askar.

Motif serangan dipercayai akibat pertengkaran antara suspek dan mangsa sebelum kejadian itu. – AGENSI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *