GEORGE TOWN, 21 Okt(Iteenews) — Pemaju hartanah dan penginapan SingapuraThe Ascott Ltd menjalin kerjasama dengan pemaju Malaysia Instant Icon Sdn Bhd bagi membangunkan Ascott Residences Batu FerringhiPenangyang akandidiami mulai Januari 2028.
Pengurus BesarAscott bagiMalaysia Mondi Mecja berkata pembangunan baharumerangkumi 99 unit kediaman itu dijangka menjadi penanda aras baharu dalam pasaran kehidupan mewah Pulau Pinang dengan tumpuan khusus didiami olehpemilik.
“Kami sedang meningkatkan portfolio syarikat dengan kediaman jenama premium di Pulau Pinang, sekali gus memaparkan komitmen Ascott menawarkan penginapan berkualiti mengikut pelbagai tujuan seiring dengan model perniagaan hotel dalam kediaman hibrid yang fleksibel.
“Terletak di sepanjang pesisiran pantaiindah di salah satu kawasan kediaman berprestij di Tanjung Bungah dan destinasi peranginan popularBatu Ferringhi, Ascott Residences Batu Ferringhi Penangmenawarkan pemandangan laut tanpa halangan dengan akses terus ke pantai,” katanya kepada pemberita selepas majlis pemeteraian perjanjian itu di sini, hari ini.
Mecja berkata pembangunan itu menampilkan pilihan tempat tinggal berkeluasan 2,000 hingga 4,000 kaki persegi selain penthouse atau emper lebih 8,000 kaki persegi.
Ciri lain adalah kemudahan ‘concierge’ atau sokongan yang menawarkan perkhidmatan khusus selain pelbagai kemudahan premium untuk tujuan santai dan bersosial.
“Kami berbesar hati dengan kepercayaan berterusan diberikan oleh pemilikdan yakin lokasi sertareka bentuk ‘Ascott Residences Batu Ferringhi Penangini dapat melonjakkan lagi jenama Ascott dalam ruang kehidupan mewah," kata Mecja.
Ascott giat mengembangkan kehadirannya di Malaysia sejak 25 tahun lepas menerusi pendekatan aset dan bertapak di 12 bandar.
Kehadirannya yang paling ketara adalah di Pulau Pinang dengan mengendalikan 11 hartanah selain empat lagi dalam perancangan, termasuk Ascott Residences Batu Ferringhi Penang.