MARANG – Seorang lelaki warga emas orang kurang upaya (OKU) kategori cacat bisu dan pekak mengambil inisiatif membina penghadang angin daripada pelepah-pelepah kelapa bagi melindungi rumahnya dari ancaman angin kencang Monsun Timur Laut (MTL) yang diramal bermula akhir bulan ini. Musa Muda, 55, yang tidak boleh mendengar dan bertutur sejak lahir mengambil masa kira-kira sebulan sejak pertengahan bulan lalu untuk menyusun pelepah-pelepah kelapa tersebut bersendirian. Anak saudaranya, Amira Nordin, 41, berkata, bapa saudaranya yang bekerja di kebun tembikai menggunakan masa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya