‘Saya ada jumpa Fatima, cuma keadaannya tak sama‘

c3311b58 3d79 4e13 8d08 2cc0e94cc0bc

PETALING JAYA – Hubungan tidak akan terputus meskipun sudah bercerai, pelakon Fattah Amin mengakui ada berjumpa dengan anak perempuannya Fatima Aisya, baru-baru ini.

Pun begitu, Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd. Amin, 34, berkata, situasi pertemuan antara mereka agak berbeza berbanding sebelum ini.

“Baru-baru ini saya ada jumpa Fatima, cuma keadaannya tak sama.

“Tapi Alhamdulillah kami masih dapat berjumpa dan luangkan masa bersama.

“Sekarang saya lebih fokus kepada kerja dan Fatima sahaja, niat saya mahu mencari rezeki yang halal untuk dikongsi dengan keluarga,” ujarnya menerusi satu rancangan hiburan.

Tambah pelakon filem Pendekar Awang itu, puteri kesayangannya itu mungkin masih tidak memahami situasi yang sedang berlaku namun dia berjanji akan sentiasa di sisi cahaya matanya yang berusia empat tahun itu.

“Saya tak rasa dia faham, sebab dia baru berusia empat tahun. Dia anak yang bijak, tapi kefahamannya tidak sama seperti kita orang dewasa.

“Mungkin benda itu ambil masa.

“Apa yang penting saya sebagai daddy dia, saya akan luangkan masa sebanyak mungkin bersamanya,” tegasnya.

Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 namun pasangan ini bercerai pada 7 Oktober lalu.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan. – https://amiminerals.org/.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *