–fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA
KUALA LUMPUR, 20 Okt (Iteenews) — Pelarasan dalam cukai eksport di bawah Belanjawan2025 akan membantu industri penapisan minyak sawit menjadi lebih berdaya saing berbanding Indonesia, menurut Glenauk Economics.
Firma itu berkata di bawah jadual cukai eksport lama, Indonesia mempunyai kelebihan berbanding Malaysia dalam segmen hiliran tetapi jadual cukai eksport baharu pada bulan November akan memberi kelebihan yang sama kepada Malaysia.
Berkuat kuasa 1 November 2024, jadual duti eksport Malaysia yang disemak semula akan termasuk cukai eksport tambahan melibatkan harga minyak sawit mentah (MSM) antara RM3,601-RM3,750 setiap tan, tertakluk kepada kadar duti eksport 8.5 peratus diikuti RM3,751-RM3,900 pada 9.0 peratus; RM3,901-RM4,050 (9.5 peratus) dan lebih RM4,050 (10 peratus).
Glenauk Economics berkata implikasi penuh pelarasan akan dianalisis dalam laporan bulanannya yang seterusnya.
"Selain itu, memandangkan cukai tidak diperluaskan kepada produk hiliran (seperti stearin) ia tidak membantu industri oleokimia yang sedang bergelut dengan peningkatan persaingan dalam pasaran eksport dari Indonesia susulanpeningkatan kapasiti baharu," katanya dalam laporan hari ini.
Pada Jumaat lepas, Kementerian Kewangan (MOF)mengumumkan kadar duti eksport bagi MSM telah disemak semulabagi memastikan bekalan domestik komoditi itu mencukupi.
Langkah berkenaanbertujuan untuk meningkatkan pemprosesan dan aktiviti hiliran bagimenghasilkan produk nilai tambahlebih tinggi seperti biodiesel dan oleokimia.
Menurut lampiran yang dikeluarkan bersama pembentangan Belanjawan2025, Kementerian Kewangan mengumumkan bahawa kadar duti eksport MSM yang disemak semula akan berkuat kuasa pada 1 November 2024.
Duti eksport sedia ada untuk MSM berharga RM2,250 setiap tan dan ke bawah akan kekal pada sifar peratus diikuti 3.0 peratus untuk harga antara RM2,250 dan RM2,400; 4.5 peratus untuk RM2,401-RM2,550; 5.5 peratus untuk RM2,551-RM2,700 dan 5.5 peratus untuk RM2,701-RM2,850.