MCA Mahu Kerajaan Pelihara, Pertahan Hak Kebebasan Bersuara Rakyat

d0e1a1b076fb4c98835eb19ff76d698f6714e3997d085Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong

KUALA LUMPUR, 20 Okt (Iteenews) –Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong hari ini menggesa kerajaan supaya terus memelihara dan mempertahanhak kebebasan bersuara rakyat Malaysia.

Wee, ketika menyampaikan Ucapan Dasar Presiden sempena Perhimpunan Agung TahunanMCA ke-71 di sini,berkata ini kerana walaupun terdapat perbezaan pendapat, kesuburan demokrasi tidak boleh dimusnahkan sama sekali.

Beliau turut meminta Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang hadir pada perhimpunan itu, memanjangkan gesaan tersebut kepada pihak berkaitan bagi memastikan demokrasi di Malaysia kekal subur.

“Hak bersuara dan kebebasan rakyat kita wajib dipelihara dan dipertahankan. Janganlah disebabkan perbezaan pandangan, hendak dimusnahkan kesuburan demokrasi,” katanya.

Turut hadir Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan, Timbalan Presiden MCA Datuk Dr Mah Hang Soon dan Timbalan Presiden MIC Datuk Seri M Saravanan.

Wee juga berkata MCA akan menyokong apa jua rang undang-undang yang baik dan dibawa ke Parlimen untuk diluluskan.

Beliauberkata Rang Undang-UndangMufti (Wilayah Persekutuan) 2024, yang akan dibentanguntuk bacaan kali kedua dan ketiga dalam sidang Parlimen kali ini, perlu mengambil kira pandangan pelbagai pihak termasuk MCA sebagai parti komponen kerajaan walaupun ia tiada wakil dalam Kabinet.

“Terserah kepada Jemaah Menteri dan kerajaan hari ini,berlandaskan kepada nilai-nilai yang kita dukungselama ini, untuk memastikan apa jua rang undang-undang yang akan menjadi akta pada masa akan datangtidak memberi kesan kepada masyarakat,” katanya.

Wee juga berharap Ahmad Zahid dapat meyakinkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memberikan status pengecualian cukai kekal kepada Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) serta Yayasan Pendidikan UTAR (UTAREF) mengikut Seksyen 44(6) dan Seksyen 127(3A) Akta Cukai Pendapatan 1967.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *